Kerjaya Nigel Ng

Ng memulakan kerjaya komedi di Chicago sebagai pelajar. Beliau berpindah ke UK untuk bekerja sebagai saintis data sebelum menjadi pelawak sepenuh masa.[2] Beliau memenangi Amused Moose Laugh-Off 2016 dan naib juara dalam Laughing Horse New Act of the Year 2015. Beliau juga merupakan finalis di Leicester Mercury Comedian of the Year (2016) dan Leicester Square New Comedian of the Year (2015).[8][9]

Beliau telah membuat penampilan TV di Rob Delaney's Stand Up Central, Roast Battle dan Mock the Week.[10]

Beliau menjadi tuan rumah podcast komedi Rice to Meet You bersama pelawak Sweden yang berpangkalan di UK, Evelyn Mok.[11]

Pada Julai 2020, Ng menarik perhatian atas video kritikanya mengenai video BBC Food oleh Hersha Patel mengenai cara memasak nasi goreng telur.[12] Dari video tular ini beliau kini terkenal dengan persona komedinya sebagai Uncle Roger, yang bercakap dengan logat Asia yang mengejek dan membanggakan dirinya dengan banyak stereotaip Asia. Selepas video itu menjadi tular, Ng dan Patel muncul di BBC bersama-sama.[1] Ng juga telah berkolaborasi dengan Patel dalam sebuah video bertajuk "Uncle Roger Meet Egg Fried Rice Lady (@Hersha Patel)".[13] Pada September 2020, beliau sekali lagi menyiarkan video kritikan berkaitan dengan memasak nasi goreng yang libatkan Gordon Ramsay, dengan kali ini Ng memuji Gordon untuk teknik memasak yang betul.[14]

Pada akhir Ogos 2020 hingga September 2020, Ng menyebarkan banyak gambar dirinya yang tidak berbaju untuk mempromosikan Rice to Meet You, kerana beliau sangat bangga dengan absnya.[15]